Nobody knows a neighbourhood better than the people who live in it. Across K2K’s ten sites, residents spotted what was missing and built the answer themselves, from cleaner corridors to stronger families to new ways of earning. These are their stories, grouped into five areas of change. Each one was imagined and led by the community, with K2K walking alongside.
Explore the stories by area of change
Cleanliness and Safety
Management Effectiveness
Social Inclusion and Leadership
The sports bureau of PA Seri Sarawak knew netball is a popular sports among the ladies of the neighbourhood so they got together under a community sports and fitness initiative to organise netball activities in a more organised manner. Aside from intensive training, skills clinics with netball coaches and the purchase of sports equipment, they have also organised friendly matches in the neighbourhood as well as netball championship with other communities.
12 intensive trainings and 2 skills clinics.
After the success of K2K Juara, the residents of PA Seri Sarawak wanted to see the futsal team formed go further and to initiate a continuity plan. So, a futsal tournament was organised so that all futsal teams in the Pudu neighbourhood could take part in and engage in healthy competition.
About 100 players participated in the Pudu neighbourhood futsal tournament.
Education covers more than the academic portion, and the organisers of this programme took on the task of equipping the youth with essential skills that will come in handy in their next phase of life. Besides technical and vocational skills, the youth also learnt soft skills and social media literacy through hands-on workshops. As a bonus, the programme also included a session attended by scores of parents and community members on academic and training opportunities.
25 youths took part in 5 workshops over 6 months.
This project zoomed in on the younger batch of children, specifically students in primary schools, and employed creative and interactive learning to foster their interest in STEM education. Using educational materials from SKOOL21, a STEM education organisation from Singapore, the students participated in theory classes, practical workshops and hands-on experiments sessions.
32 students learnt more about STEM in 16 .sessions
Students in the primary school age between 7 and 12 years old attended English and Mathematics tuition classes organised for them under this programme. This initiative took off by request from the community themselves, who wanted their children to master these two core academic subjects as preparation before they enter the secondary school.
34 English and Mathematics tuition classes and 2 exams to assess their learning outcome.
Nothing unites Malaysians more than sharing food together. Besides enjoying the feast, the residents of PA Seri Kota also listened to a talk on the topics of health and the spirit of neighbourhood. There were also entertained with songs sung by their own singers in the community.
More than 700 residents of PA Seri Kota joined the event and festivity
In collaboration with Adab Youth Garage, the residents of PPR Kg. Baru HICOM organised a programme for students in the secondary school to support them in their academic endeavours. Not only were tuition classes provided for the subjects of History, Mathematics and Bahasa Melayu, they were also exposed to effective studying techniques and went on 2 educational trips to Muzium Negara and Bank Negara respectively. They were also treated to a ‘graduation event’ at the end of the programme.
50 students from Form 1 until Form 5 attended 24 tuition classes
Tabika Kemas PPR Seri Cempaka received an upgrade aimed to benefit the young children in the neighbourhood by enhancing the facilities to be cleaner, safer and more comfortable. The classrooms are now fitted with air-conditioning unit, CCTV, 60-inch TV and DB Box upgrade. Parents and community members also took part in the kindergarten events including gotong-royong, Open Day, parents’ and teachers’ meeting, as well as National Day celebration.
2 classrooms rejuvenated for kindergarten students.
This youth development camp was organised for youth between the ages of 13 and 25. The objectives of the project were to build their characters, self-motivation, leadership qualities, team spirit, and proactive attitude. As part of the camp programme, the participants went on an educational trip to Pusat Sains Negara.
40 participants took part in the camp and 20 of them volunteered as brigades for FORKOM PPR Desa Tun Razak.
The community of PA Seri Selangor had held zumba sessions before, but this project helped to empower the residents to organise zumba and aerobics activities in a more structured manner. Not only could the ladies exercise in a safe space with privacy considerations, the sessions also doubled in purpose to provide them with opportunities to socialise among the community members. Two of the participants had also been trained to take over as the exercise instructors for continuity post-project.
60 participants joined the programmes in 17 sessions over 4 months
This project focused on the welfare of the senior citizens of PA Seri Sarawak through diverse activities lined up for them including mental health awareness, light physical exercise, health checks, talks and religious classes. The residents were also briefed about the government’s initiatives targeted at their age group such as Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 and Bantuan Warga Emas.
44 sessions conducted over 3 months.
The community of PA Hang Tuah learnt to identify infections through health talks and interactive games in this programmed aimed to foster a healthy lifestyle. Researchers from Institut Sains Biologi of Universiti Malaya shared their expertise with the residents on parasitic infection and family health.
90 participants took part in this programme over 3 months.
Human Capital and Skill Development
Tiada yang lebih arif tentang sesebuah kejiranan daripada penduduk yang tinggal di dalamnya. Di kesemua 10 tapak K2K, para penduduklah yang telah mengenal pasti apa yang diperlukan untuk komuniti mereka dan mencipta penyelesaian mereka sendiri. Daripada koridor yang bersih kepada ikatan keluarga lebih kukuh hinggalah kepada cara baharu untuk menjana pendapatan. Inilah kisah-kisah mereka, diceritakan dalam lima kumpulan ranting perubahan. Setiap satunya digerakkan dan dipimpin oleh ahli komuniti sendiri, dengan K2K berada di sisi.
TEROKAI KISAH-KISAH SETIAP RANTING PERUBAHAN
Kebersihan dan Keselamatan
Impak bonus terhadap projek ini ialah fungsinya memberi inspirasi kepada komuniti-komuniti lain di sekitarnya. Apabila mereka melihat sendiri hasil positif yang telah dicapai oleh Blok H, penduduk di blok-blok lain di LS1 bersemangat untuk mengambil inisiatif yang sama. Walaupun Geran Komuniti K2K tidak lagi tersedia, blok-blok ini menggerakkan sumber mereka sendiri secara berdikari untuk memasang sistem CCTV dan berikhtiar mengatasi isu keselamatan dan sekuriti di kawasan masing-masing. Antara blok yang telah memasang CCTV termasuk Blok G, Blok F, Blok E dan Blok C, masing-masing dengan objektif dan pencapaian sendiri.
Projek ini menunjukkan bahawa para penduduk melibatkan diri dengan penuh semangat dan keikhlasan untuk menyumbang dan berbakti kepada komuniti mereka apabila mereka mempunyai kepercayaan dan sokongan yang betul.
Kecekapan Pengurusan
Keterangkuman Sosial dan Kepimpinan
Biro sukan PA Seri Sarawak mengakui bola jaring merupakan sukan yang popular dalam kalangan kaum wanita di kejiranan mereka. Oleh itu mereka bergerak bersama-sama untuk menyusun aktiviti-aktiviti bola jaring secara lebih teratur di bawa inisiatif sukan komuniti dan kecergasan. Selain daripada latihan intensif, klinik kemahiran dengan jurulatih bola jaring dan pembelian peralatan sukan, mereka juga telah menganjurkan perlawanan persahabatan dalam kejiranan serta kejohanan bola jaring yang disertai oleh komuniti-komuniti lain.
12 latihan intensif dan 2 klinik kemahiran telah dianjurkan dan disertai oleh para pemain.
Setelah mengecapi kejayaan dalam acara K2K Juara, penduduk-penduduk PA Seri Sarawak ingin melihat pasukan futsal yang dibentuk pergi lebih jauh dan mempunyai wawasan dan perancangan jangka panjang. Oleh itu, sebuah kejohanan futsal telah dianjurkan supaya pasukan-pasukan futsal dalam kejiranan sekitar Pudu boleh mengambil bahagian dan bertanding secara sihat.
Lingkungan 100 orang pemain telah menyertai kejohanan futsal kejiranan Pudu.
Pendidikan merangkumi lebih daripada aspek akademik, justeru penganjur program ini mengambil peranan untuk melengkapkan para belia dalam komuniti dengan kemahiran-kemahiran penting yang diperlukan dalam fasa hidup mereka berikutnya. Selain daripada kemahiran teknikal dan vokasional, mereka juga mempelajari kemahiran insaniah dan literasi media sosial menerusi bengkel amali. Selain itu, program ini juga menganjurkan sesi yang dihadiri oleh ibu bapa dan ahli komuniti yang mendedahkan tentang peluang-peluang akademik dan latihan yang tersedia.
25 orang belia menyertai 5 bengkel dalam masa 6 bulan.
Projek ini menumpukan kepada kanak-kanak dalam usia sekolah rendah dan menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif dan interaktif bagi memupuk minat mereka dalam bidang STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik. Menggunakan bahan-bahan pembelajaran daripada SKOOL21, sebuah organisasi pendidikan STEM dari Singapura, para pelajar mengambil bahagian dalam kelas teori, bengkel praktikal dan sesi eksperimen amali.
32 orang pelajar belajar tentang STEM dalam 16 sesi.
Pelajar-pelajar dalam usia sekolah rendah iaitu antara 7 dan 12 tahun telah mengikuti kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan Matematik dalam program ini. Program ini dianjurkan atas inisiatif dan permintaan ahli komuniti yang mahukan anak-anak mereka menguasai dua mata pelajaran teras ini sebagai persediaan sebelum memasuki sekolah menengah.
34 kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan Matematik serta 2 peperiksaan untuk menilai tahap penguasaan.
Salah satu aktiviti yang dapat menyatukan rakyat Malaysia ialah berkongsi hidangan bersama-sama. Selain menikmati makanan yang disediakan semasa acara festival yang dianjurkan, penduduk-penduduk PA Seri Kota juga mendengar ceramah dalam topik kesihatan dan semangat kejiranan. Mereka juga telah dihiburkan dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh ahli komuniti sendiri yang bersuara emas.
Lebih daripada 700 orang penduduk PA Seri Kota telah menyertai acara festival.
Dengan Kerjasama Adab Youth Garage, penduduk-penduduk PPR Kg. Baru HICOM telah menganjurkan sebuah program untuk pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menyokong perkembangan prestasi akademik mereka. Selain daripada kelas tuisyen dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu, mereka juga didedahkan kepada teknik-teknik belajar secara berkesan. Para pelajar juga telah dibawa mengikuti dua buah lawatan sambil belajar iaitu ke Muzium Negara dan Bank Negara masing-masing. Mereka juga telah diraikan bersama-sama dengan ahli komuniti dalam sebuah Majlis Graduasi selepas tamat program.
50 orang pelajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah mengikuti 24 kelas tuisyen.
Tabika Kemas PPR Seri Cempaka memanfaat geran yang ditawarkan dengan menaik taraf kemudahannya agar kanak-kanak dalam komuniti itu dapat belajar dalam suasana yang lebih bersih, selamat dan selesa. Kelas mereka kini sudah dilengkapi dengan unit pendingin hawa, CCTV, TV 0 inci dan DB Box terkini. Ibu bapa dan ahli komuniti juga turut terlibat dalam acara-acara tadika termasuk gotong-royong, Hari Terbuka, perjumpaa ibu bapa dan guru, serta sambutan Hari Kebangsaan.
2 buah kelas dinaik taraf untuk kegunaan murid-murid tadika.
Kem pembangunan belia ini dianjurkan untuk belia berusia antara 13 hingga 25 tahun. Objektif projek ini adalah untuk membina karakter, motivasi diri, kualiti kepimpinan, semangat berpasukan dan sikap proaktif. Sebagai sebahagian daripada progam kem ini, semua peserta dibawa dalam lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara.
40 orang belia telah menyertai kem pembangunan belia dan 20 daripada mereka menawarkan diri untuk menjadi briged sukarelawan FORKOM PPR Desa Tun Razak.
Sebelum ini, komuniti PA Seri Selangor pernah mengadakan sesi zumba, namun projek ini telah membantu memperkasakan para penduduk agar dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti zumba dan senamrobik dengan tersusun dan berstruktur. Kini kaum wanita dapat bersenam dalam ruang yang selamat dan tertutup agar privasi lebih terjaga. Sesi-sesi senaman juga berfungsi memberi ruang kepada mereka untuk bersosial sesama ahli komuniti dengan lebih rapat. Dua daripada peserta aktiviti zumba juga telah dilatih untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai jurulatih zumba sebagai kesinambungan selepas tamat projek.
60 orang peserta telah menyertai 17 sesi dalam tempoh 4 bulan.
Projek ini menumpukan kepada Kebajikan warga emas PA Seri Sarawak menerusi pelbagai aktiviti termasuk kesedaran tentang kesihatan mental, senaman ringan, pemeriksaan kesihatan, ceramah-ceramah dan kelas agama. Para penduduk juga didedahkan dengan inisiatif-inisiatif kerajaan yang disasarkan kepada kumpulan umur warga emas seperti Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 dan Bantuan Warga Emas.
44 sesi aktiviti dijalankan sepanjang 3 bulan.
Komuniti PA Hang Tuah mendapat ilmu tentang kaedah mengenal pasti jangkitan menerusi ceramah kesihatan dan permainan interaktif dalam program ini yang bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Penyelidik-penyelidik dari Institut Sains Biologi, Universiti Malaya telah berkongsi kepakaran mereka tentang jangkitan parasit dan kesihatan keluarga dengan para penduduk.
90 orang ahli komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini dalam tempoh 3 bulan.
Modal Insan dan Pembangunan Kemahiran