Tentang Kita
K2K bermaksud ‘Kita-Untuk-Kita’. Ia adalah sebuah inisiatif pemerkasaan komuniti inovatif yang dibangunkan oleh Think City.
Apa itu K2K?
K2K bermaksud ‘Kita-Untuk-Kita’. Ia adalah sebuah inisiatif pemerkasaan komuniti inovatif yang dibangunkan oleh Think City.
K2K bertujuan menyokong komuniti tempatan yang tinggal di perumahan awam untuk menangani dengan lebih baik isu-isu kompleks kemerosotan aspek sosial, ekonomi, dan fizikal yang telah memberikan impak negatif terhadap kualiti hidup mereka. Misi K2K adalah untuk menyokong pembentukan generasi baharu komuniti perumahan awam Malaysia yang dapat hidup bermaruah dan berdikari dalam kejiranan berdaya huni. Itulah intipati Masyarakat Madani.

Kita melaksanakan tiga transformasi strategik berikut:

Membangunkan komuniti perumahan awam yang berdaya maju dan mempunyai kemahiran untuk melakukan transformasi terhadap daya huni kejiranan mereka.
Membangunkan kumpulan-kumpulan berasaskan komuniti yang teratur, mempunyai tadbir urus yang efektif dan mempunyai rasa bangga dan semangat kepunyaan yang kuat terhadap ruang kehidupan mereka.
Mempertingkat kecekapan pengurusan perumahan awam menerusi penyertaan komuniti yang bermakna, asas tadbir urus yang kukuh, dan mekanisme pembiayaan yang mampan.
Bagaimana K2K bermula?
K2K bermula apabila Dr Shahridan Faiez daripada Think City menjalankan kajian bersama dengan Vijayendra Rao dan Rajni Bajpai daripada Bank Dunia untuk memahami dinamik kemiskinan bandar di Malaysia pada tahun 2019. 

Dapatan utama menunjukkan pola kemerosotan aspek sosial, ekonomi dan fizikal yang membimbangkan dalam projek perumahan awam berpunca daripada kepincangan dalam kecekapan pengurusan. Isu ini semakin meruncing sewaktu pandemik Covid-19 pada tahun 2020 apabila komuniti PPR mengalami tahap tekanan lebih tinggi disebabkan impak sekatan pergerakan fizikal, kekangan ekonomi dan sekatan-sekatan lain. Komuniti PPR di Selangor yang bekerjasama dengan kami menunjukkan keberanian dan daya usaha yang mengagumkan dalam mengatur komuniti bagi menangani impak krisis. Namun kecekapan mereka ada batasnya dan mereka jelas memerlukan bantuan.
Sebagai respons, Think City telah membangunkan program bersama dengan kerajaan negeri Selangor bagi menerajui aktiviti-aktiviti penglibatan komuniti yang inovatif untuk membolehkan bantuan dan perkhidmatan sokongan nutrisi dan kesihatan lain disalurkan. Dapatan utama bagi program peneraju dan alat inovatif yang dibina ini menjadi asas kepada pembangunan Program K2K. Pencapaian utama program peneraju ini telah diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan pelancaran Program K2K oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 8 of April 2023, program ini terlah diperluas ke seluruh Lembah Kelang melibatkan 10 projek perumahan awam melibatkan sejumlah populasi seramai 50,000 orang.
Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup