Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PPR Taman Mulia telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Sesi Pemetaan Sosial di PPR Taman Mulia telah dijalankan pada 24 September 2023 (Ahad), 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 98 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PPR Taman Mulia.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PPR Taman Mulia

48%

menjawab mereka berasa bangga

39%

menjawab mereka berasa gembira

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PPR Taman Mulia

40%

memberi respons “ya, dalam masa 6 bulan”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PPR Taman Mulia ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “kesihatan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  2. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  3. Bilangan tong sampah tidak mencukupi

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Ketagihan dan pengedaran dadah
  3. Gangguan awam

KESIHATAN

  1. Penyakit yang disebabkan oleh persekitaran tidak bersih (contohnya demam denggi)
  2. Kurangnya kesedaran tentang isu-isu kesihatan
  3. Kemurungan dan kestabilan mental

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2