Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PPR Taman Mulia

  • PPR Taman Mulia dibina sekitar tahun 2000. PPR Taman Mulia terletak di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana, dan juga berjiran dengan PA Seri Kota.
  • PPR Taman Mulia mempunyai sebanyak 4,223 buah unit dalam dua blok.
  • Laluan akses kecemasan melalui pintu utamanya adalah sederhana walaupun kenderaan parkir berganda. Masih ada sedikit ruang untuk jentera bomba memasuki kawasan tersebut.
  • Seperti biasa, akses kepada pili-pili bomba adalah terbatas kerana ada kenderaan yang menghalanginya. Jika dibandingkan dengan PA/PPR lain, aspek aksesnya lebih baik.
  • Kondisi kawasan rekreasinya agak sederhana kerana persekitarannya sedikit uzur, tetapi peralatan permainan seperti buaian pernah diselenggara.
  • Parkir bertingkat yang tidak lama dibina, menjadi halangan perhubungan blok atau sosial kerana kawasan ini dulu dijadikan kawasan rekreasi.
  • Akses persekitaran OKU secara puratanya adalah agak kurang memuaskan.
  • Kawasan bloknya terletak di atas cerun yang berbeza dan hanya mempunyai dua tanjakan kerusi roda pada setiap blok.
  • Permukaan lantainya yang berlubang menyukarkan akses bagi pengguna OKU.
  • Motosikal juga sering menghalang laluan di kawasan lobi, menambah kesukaran bagi pengguna kerusi roda yang perlu menyelit-nyelit di kawasan tersebut.
  • Sampah sarap juga sering kelihatan di persekitaran terutama di celah-celah blok.
  • Celah-celah blok juga menjadi kawasan pembuangan sampah haram oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Ada juga haiwan perosak seperti tikus dan kucing berkeliaran tetapi masih pada tahap terkawal.
  • Infrastruktur secara amnya memerlukan sedikit perhatian seperti saliran paip bocor di antara blok menyebabkan lumut mula timbul dan bau yang kurang selesa.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2