K2K Idol
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian untuk membawa keriangan dan keseronokan kepada komuniti PPR.
Apa Itu K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu.
Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
Instagram:
Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.
mentor
Zur Eda
Zuraidah binti Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Zur Eda (lahir 26 Ogos 1965) berasal dari Melaka tetapi menetap di Sungai Buloh, Selangor. Beliau seorang penyanyi wanita Malaysia yang telah menceburi bidang muzik sejak tahun 1983. Di kemuncak kerjayanya sebagai seorang penyanyi, Zur Eda diberi jolokan "Sade Malaysia" kerana persembahan dan gaya muzik beliau yang mempunyai persamaan dengan penyanyi wanita England, Sade Adu.
"Setiap not lagu membawa sebuah kisah. Biar lagu anda bercerita tentang kekuatan, ketahanan, dan semangat jitu yang mendefinisikan komuniti perumahan awam kita."
Zur Eda
FINALIS
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Jamaluddin B Lin
  • Nurul Syahirah Izzati Bt Nor Ibrahim
  • Syazrul Effendy B Ibrahim
  • Bibi Hajijah Bt Bukhari
  • Che Yatim B Yahya
  • Faridah Bt Mohd Hanafiah
  • Haslizawati Samsudin
  • Nor Hana Bt Said
  • Siti Fatimah Bt Musa
  • Rafidah Bt Razaly


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)
  • Nur Syakirah Batrisyia Bt Zalahudin
  • Aina Najwa Bt Mokhtar
  • Aina Syafiqah
  • Hayat Iskandar B Mohd Faizrie
  • Muhammad Asyraf Hanafi B Mohammad Syahrul
  • Muhammad Shanaz Mikail
  • Muhammad Syafwan Ruzain
  • Nur Izzahra Zaisyah Bt Mohd Azam
  • Nur Mahira Bt Rasul
  • Rayyan Ahmadul Azri B Mohammad Syukrie
pemenang
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Nurul Syahirah Izzati - Juara
  • Syazrul Effendy - Naib Juara
  • Faridah - Tempat Ke-3


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)

  • Nur Syakirah Batrisyia - Juara
  • Nur Izzahra Zaishya - Naib Juara
  • Muhammad Syafwan Ruzain - Tempat ke-3

Lain-Lain
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR
  • HAKIM
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR

    Pertandingan K2K Idol telah dilancarkan pada 22 Oktober 2023 di PPR Taman Mulia bersempena dengan Hari Terbuka K2K. Pertandingan akhir K2K Idol telah berlangsung pada 5 November. Pertandingan itu berjaya menarik seramai 78 orang penduduk sebagai peserta, kesemua mereka bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Selepas penilaian yang teliti dibuat oleh Mentor K2K Idol yang berdedikasi, seramai 20 orang penduduk yang berbakat telah dipilih sebagai finalis.

    Selain meraikan bakat yang pelbagai di PPR Taman Mulia, pertandingan ini turut memaparkan perjalanan pementoran yang meningkatkan lagi semangat peserta di pertandingan akhir.

  • HAKIM

    Dalam Pertandingan Akhir K2K Idol yang diadakan di PPR Taman Mulia, kumpulan panel hakim yang ikonik termasuk Zur Eda, Dato Freddie, and Salimah Mahmood telah membuat penilaian yang teliti terhadap persembahan setiap finalis. Mereka memberi komen dan maklum balas berkaitan muzik yang berharga kepada para peserta dan ini telah menjadikan suasana pertandingan semakin sengit, menyumbang kepada keterujaan penduduk di PPR Taman Mulia semasa berlangsungnya Pertandingan Akhir K2K Idol.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2