Pemetaan Sosial

Memahami Isu-Isu 

Tempatan
Sesi Pemetaan Sosial di PPR Seri Cempaka telah dijalankan pada 26 Ogos 2023 (Sabtu), 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kumpulan yang telah terlibat termasuk:
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PPR Seri Cempaka.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PPR Seri Cempaka

47%

menjawab mereka berasa gembira

36%

mereka berasa bangga

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PPR Seri Cempaka

66%

memberi respons “ya, dalam masa 1 tahun”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PPR Seri Cempaka ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “penyelenggaraan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  2. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata 
  3. Tempat longkat tersumbat / penyelenggaraan infrastruktur tidak memuaskan.

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Gangguan awam 
  3. Kes pecah rumah dan kecurian kenderaan

Penyelenggaraan

  1. Respons yang lambat setelah aduan dibuat
  2. Pencemaran bunyi / sampah / debu daripada kerja-kerja penyelenggaraan
  3. Kualiti kerja peyelenggaraan yang rendah.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup