Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PPR Seri Cempaka

  • PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam dibina sekitar tahun 2012.
  • PPR Seri Cempaka terletak bersebelahan dengan loji rawatan air dan kawasan perumahan pangsapuri berkos rendah.
  • PPR Seri Cempaka mempunyai dua blok utama dengan jumlah 632 buah unit kediaman. Ada juga segelintir unit telah dijual beli kepada penduduk.
  • Akses laluan kecemasan secara umumnya agak sempit dengan kenderaan penghuni parkir berganda menyebabkan persimpangan jalan sempit. Ini menyebabkan jentera bomba sukar memasuki dan dikendali di dalam kawasan tersebut.
  • Pili-pili bomba dihalang oleh kenderaan penghuni.
  • Kondisi kawasan rekreasinya adalah disenggelara dan juga dinaik taraf menggunakan dana-dana dari luar, akan tetapi akses laluan OKU ke kawasan-kawasan rekreasi adalah terbatas.
  • Pondok wakaf pula agak usang dan memerlukan penyelenggaraan.
  • Akses laluan OKU adalah sederhana. Terdapat empat tanjakan kerusi roda yang selesa untuk masuk ke blok perumahan.
  • Terdapat laluan berbumbung perantaraan blok tetapi dihalang oleh motosikal-motosikal diparkir secara haram.
  • Laluan koridornya agak sempit.
  • Tahap kebersihan adalah sederhana kerana bungkusan-bungkusan makanan daripada gerai-gerai haram yang terletak di bahu jalan sering dibuang merata-rata di kawasan PPR.
  • Ada juga sampah-sampah yang dibuang melalui tingkap unit dan ada juga yang membuang sampah di kawasan sungai.
  • PPR ini juga terletak berhampiran dengan loji kumbahan najis. Oleh itu, terdapat bau yang kurang menyenangkan apabila angin bertiup ke arah kawasan perumahan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2