K2K Idol
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian untuk membawa keriangan dan keseronokan kepada komuniti PPR.
Apa Itu K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu.
Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
Instagram:
Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.
mentor
Ezlynn
Azline binti Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ezlynn, merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara di Malaysia. Dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta, Perak, beliau merupakan artis di bawah naungan KRU Production. Sebelum menceburi bidang nyanyian, beliau aktif dalam bidang lakonan dan peragawati. Beliau turut memiliki syarikat hiburan sendiri, Ezlynn Entertainment.

Ezlynn telah mengacarakan program realiti Mentor sebanyak dua musim yg disiarkan secara live di TV3. Beliau juga terlibat dengan program Gegar Vaganza musim kedua terbitan Astro Ria.
"Dalam rentak dan ritma K2K Idol, semoga suara anda menjadi instrumen yang melontarkan lagu harapan, bergema melangkaui dinding perumahan awam kita."
Ezlynn 
FINALIS
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Mohd Erwan Shah B Azanan
  • Nurul Haziatul Syahira Bt Shamsul Kamar
  • Airul Asymawi B Noorzain
  • Hasrul Fahmy B Samsudin
  • Siti Muslimawati Bt Mat Saleh
  • Ahmad Tarmizi B Said
  • Anita B Kamaruddin
  • Mohamad Amer Arif B Hamzah
  • Sarifuddin B Mohd Fahmi
  • Muhammad Khairul Shafiq


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)
  • Putri Nurellyana Jasmine
  • Muhammad Ammar Amsyar B Ahmad Tarmizi
  • Nazrin B Shaiful Mohd Lizam
  • Qistina Amani Bt Mohd Faidzal
  • Firash Mawi
  • Muhamad Aidil Hakim B Muhamad Nizam
  • Muhammad Azim B Rozaimi
  • Putri Nur Amysha Sheerien
pemenang
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Muhammad Khairul Shafiq - Juara
  • Nurul Haziatul Syahira - Naib Juara
  • Sarifuddin B. Mohd Fahmi - Tempat Ke-3


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)

  • Nazrin B. Shaiful Mohd Lizam - Juara
  • Putri Nur Amysha Sheerien - Naib Juara
  • Muhammad Ammar Amsyar B. Ahmad Tarmizi - Tempat ke-3

Lain-Lain
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR
  • HAKIM
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR

    Pada 8 Oktober 2023, pertandingan K2K Idol di PPR Seri Cempaka menyaksikan penyertaan ramai penduduk yang bersemangat tinggi, dengan 78 orang individu mempamerkan bakat mereka dalam bidang muzik. Susulan penilaian teliti yang dibuat oleh Mentor K2K Idol yang berdedikasi, seramai 18 orang individu telah dipilih sebagai finalis. Pertandingan akhir K2K Idol telah diadakan pada 22 Oktober 2023. Para finalis yang hebat ini bukan sahaja telah mempamerkan kuasa vocal mereka tetapi juga menunjukkan komitment mereka terhadap perjalanan seni. Pertandingan ini bukan sahaja dapat meraikan bakat yang pelbagai di PPR Seri Cempaka, ia juga mengetengahkan proses pementoran yang ketat untuk memastikan bahawa vokal yang terbaik mendapat perhatian dalam pertandingan akhir.

  • HAKIM

    Pada detik-detik kemuncak Pertandingan Akhir K2K Idol di PPR Seri Cempaka, satu panel bijaksana yang terdiri daripada Ezlynn, Dato Freddy Fernandez dan Rozita Rohaizad, telah membuat penilaian yang teliti terhadap setiap persembahan para finalis. Panel hakim ini arif dalam menilai bakat dan mereka mempunyai kepakaran dalam bidang muzik. Mereka telah memberikan komen yang bernas dan markah turut diberi berdasarkan persembahan para peserta yang cukup memberangsangkan. Keputusan panel hakim yang dibuat secara kolektif meningkatkan persaingan dalam acara tersebut, sekali gus menyumbang kepada keterujaan menonton Pertandingan Akhir K2K Idol secara keseluruhan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2