Hari Terbuka K2K

Pengenalan

Pada 8 Oktober 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka, di antara Blok E dan Blok F. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 700 orang penduduk telah diraikan.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.

Program-program 

Hari Terbuka

  • Bengkel Seni

    Bengkel Seni

    Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PPR Seri Cempaka, dua bengkel seni telah dijalankan. Secara keseluruhan, sekitar 70 orang peserta telah menyertai bengkel seni ini.

    Bengkel yang pertama bertemakan batik, suatu seni yang amat dekat dengan warisan dan sejarah Malaysia. Dihoskan Ayayu Batik, bengkel ini disertai banyak anak muda bersama ibu bapa mereka, menunjukkan semangat untuk mempelajari bentuk seni tradisional ini.

    Selain itu, terdapat juga bengkel reka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee, yang menjadi saluran peserta pelbagai lapisan umur untuk melahirkan kreativiti mereka dengan membuat reka bentuk yang unik.
  • Klinik Futsal

    Klinik Futsal

    Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 40 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.

    Klinik ini berakhir dengan satu sesi rapat mesra dengan salah seorang bekas pemain FAS, Mohd Nasriq Baharom, yang berkongsi pengetahuan dan pemahamannya dengan para peserta.
  • Permainan Bebas Sukan Rekreasi

    Permainan Bebas Sukan Rekreasi

    Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak), dengan kerjasama Decathlon Malaysia, telah menghimpunkan beberapa aktiviti sukan rekreasi yang bertujuan menggalakkan perlawanan persahabatan dan permainan interaktif untuk komuniti PPR Seri Cempaka. Aktiviti yang disediakan termasuk sukan memanah mata panah lembut, bola keranjang kanak-kanak dan badminton, memberikan pilihan kepada semua peserta.
  • K2K Idol

    K2K Idol

    Program K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.

    Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PPR Seri Cempaka, Ezlynn, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.
  • Pameran K2K

    Pameran K2K

    Sebagai sebahagian daripada pemetaan sosial K2K, perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dijalankan untuk merancang dengan teliti isu utama PPR Seri Cempaka sebelum Hari Terbuka. Untuk mengesahkan maklum balas yang dikumpul, papan pameran diletakkan sebagai usaha mendapatkan lebih banyak responden daripada isi rumah berlainan. Dengan pemahaman yang diperolehi, program bersasar dan berkesan dapat direka bentuk. Sejumlah 77 isi rumah PPR Seri Cempaka terlibat dalam aktiviti pemetaan sosial ini.

    Untuk maklumat lanjut mengenai data yang dikumpulkan untuk pemetaan sosial, sila lihat laman Pemataan Sosial.
  • Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK)

    Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK)

    Program ini mendapat sokongan DBKL, Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga, Persatuan Belia Seri Cempaka, Persatuan Surau dan Persatuan Kebajikan dan Komuniti PPR Seri Cempaka. Di sepanjang persediaan Hari Terbuka, banyak mesyuarat diadakan dengan organisasi komuniti bagi memastikan acara dapat berjalan lancar.
Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup