Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PPR Lembah Subang 1 telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Sesi Pemetaan Sosial di PPR Lembah Subang 1 telah dijalankan pada 8 Oktober 2023 (Ahad) dan 26 November 2023 (Ahad)
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 81 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PPR Lembah Subang 1.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PPR Lembah Subang 1

38%

menjawab mereka berasa murung

26%

menjawab mereka berasa gembira

17%

menjawab mereka berasa bangga

16%

menjawab mereka berasa sedih

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PPR Lembah Subang 1

47%

memberi respons “ya, dalam masa 1 tahun”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PPR Lembah Subang 1 ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “kesihatan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  2. Longkang tersumbat / infrastruktur tidak diselenggara dengan baik
  3. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Ketagihan dan pengedaran dadah
  3. Kes pecah rumah dan kecurian kenderaan

KESIHATAN

  1. Penyakit yang disebabkan oleh persekitaran tidak bersih (contohnya demam denggi)
  2. Tiada atau kekurangan akses kepada kemudahan kesihatan,
  3. Sukar bekerja kerana perlu menjaga anak-anak / ahli keluarga

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2