Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PPR Lembah Subang 1

  • PPPR Lembah Subang 1, Taman Putra Permai dibina sekitar 2008.
  • PPR Lembah Subang 1 terletak berhampiran loji rawatan air dan depoh LRT.
  • PPR Lembah Subang 1 ialah kawasan PPR yang terbesar antara kesemua PA/PPR dengan keluasan tanah melebihi tiga hektar.
  • Terdapat sebanyak 3004 unit kediaman yang dipecahkan kepada lapan blok di PPR Lembah Subang 1.
  • Ada segelintir unit yang telah dibeli oleh penghuni.
  • Akses laluan kecemasan PPR ini agak kritikal kerana terdapat banyak pondok-pondok haram dibina di dalam dan di luar kawasan.
  • Tambahan pula, banyak kenderaan parkir berganda menjadikan keadaan huru-hara. Ini menyebabkan jentera bomba susah untuk dikendalikan dan terdapat risiko pondok-pondok haram mudah terbakar.
  • Ruang rekreasinya pula, seperti padang dan taman permainan, memerlukan penyelenggaraan.
  • Padangnya berlopak-lopak dan taman permainannya kurang selamat disebabkan banyak peralatan yang rosak.
  • Kawasan ruang kecil di aras bawah blok adalah uzur dengan infrstruktur yang rosak seperti kebocoran paip kumbahan.
  • Terdapat bau yang kurang selesa disebabkan air bertakung di kawasan-kawasan tersebut.
  • Laluan akses OKU adalah kurang baik. Terdapat hanya dua tanjakan kerusi roda pada setiap blok dan tiada laluan OKU di antara blok ke blok atau ke kawasan rekreasi. Reka bentuk PPR ini tidak menggalakkan akses laluan OKU antara blok dengan mudah.
  • Kebersihan adalah salah satu isu utama di PPR ini. Sampah bersepah merata-rata termasuk di kawasan padang dan tidak terurus. Rumah sampahnya yang terletak di aras bawah luar penuh dengan longgokan sampah yang tidak terurus, menyebabkan haiwan perosak seperti tikus dan kucing berkeliaran di merata-rata tempat.
  • Infrastruktur yang uzur juga menggalakkan tikus bersarang.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2