Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PPR Kg. Baru Hicom

  • PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam dibina sekitar tahun 2008.
  • Ia dikelilingi oleh kawasan perindustrian dan berhampiran dengan Sg. Klang.
  • PPR Kg. Baru Hicom merangkumi tiga blok dengan jumlah unitnya 980 buah. Kesemua unit adalah unit sewa.
  • Laluan akses kecemasannya adalah sempit terutamanya di jalan besar sebelum masuk ke pintu utama, ditambah pula dengan isu kenderaan parkir berganda.
  • Jalan di dalam kawasan PPR amat sempit.
  • Pili bombanya juga disekat oleh kenderaan-kenderaan penghuni.
  • PPR ini mempunyai ruang rekreasi yang kecil dibandingkan kawasan PA/PPR yang lain.
  • Keadaannya juga tidak diselenggara. Ia menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes, dan anjing liar juga berkeliaran di kawasan tersebut.
  • Salah satu taman permainannya terletak bersebelahan dengan rumah sampah membuatkan baunya kurang selesa.
  • Ruang gelanggang yang terletak di setiap blok diselenggara, masih berfungsi dan digunakan untuk aktivititi sosial.
  • Koridor bersebelahan gelanggang-gelanggang tersebut mengalami sedikit isu kebocoran paip kumbahan domestik menyebabkan berlaku banjir ketika hujan dan bau yang kurang menyenangkan.
  • Pembuangan sampah ke luar tingkap ada berlaku tetapi kurang berbanding PA/PPR yang lain.
  • Laluan akses OKU di kawasan tersebut adalah pada tahap sederhana ke rendah.
  • Setiap blok mempunyai dua tanjakan kerusi roda yang besar tetapi akses antara blok adalah mustahil kerana tiada laluan perantaraan terus antara blok kerana kawasan telah dihalang dengan kenderaan yang diparkir termasuk motosikal.
  • Tahap kebersihan sekitar kawasan adalah sederhana.
  • Ada juga peniaga-peniaga kecil menjual makanan ringan di kaki lima Blok B dan C, dan terdapat plastik dan bungkusan makanan yang dibuang tidak jauh daripada tapak jualan peniaga-peniaga tersebut.
  • Kawasan aras bawah blok juga mengalami sedikit gangguan daripada haiwan perosak seperti tikus dan juga najis kucing di gelanggang-gelanggang tengah blok tetapi pada tahap terkawal.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2