K2K Idol

Apa Itu 

K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu. 

Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
  • FORMAT K2K IDOL
  • DUTA K2K IDOL
  • FORMAT K2K IDOL
    Format K2K Idol

    Karyawan akan mengendalikan uji bakat, memilih finalis yang kemudiannya akan berpasangan dengan jurulatih yang berdedikasi. Para mentor komited untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta dari segi muzik dan membimbing perkembangan mereka dalam industri muzik. 

    Para peserta berpeluang untuk merebut gelaran juara dan wang tunai sebanyak RM10,000 di Pertandingan Akhir K2K Idol. Namun, setiap juara di kawasan masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000. 

  • DUTA K2K IDOL
    Duta K2K Idol
    Aman bin Jamaluddin, yang dikenali sebagai Aman RA, adalah seorang penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman, dan pengusaha di Malaysia. Beliau pernah diangkat sebagai pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 pada 9 Februari 2020, menerusi lagu Budak Flat.

    Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

    Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

    Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.

PPR 

Kampung Baru HICOM
mentor
Jay Jay
Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Darus ialah bekas vokalis kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Jay Jay pernah memenangi pelbagai anugerah seperti "Penyanyi Lelaki Popular" dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), "Vokal Terbaik Lelaki" dalam Anugerah Industri Muzik (1998) dan "Juara Kategori Pop Rock" dalam Juara Lagu (1998) menerusi lagu "Joget Angan Tak Sudah".
"Sebagai seorang mentor, saya menggalakkan anda untuk bersebati dengan pentas, bukan sahaja sebagai penghibur tetapi juga sebagai pembawa mesej perpaduan dan harga diri buat komuniti perumahan awam kita yang disayangi."

Jay Jay

Finalis

KATEGORI UTAMA (ATAS 18 TAHUN)

  • Abdul Aziz (Zul Tokkie)
  • Azizi
  • Azrry Zakaria
  • Dayana Ahmad
  • Faizan
  • Hatta Midy
  • Ismail Mohd Saad
  • Mohamad Khairol Azhar
  • Nik Nurshihah
  • Nur Hidayah
  • Shahrul Adley

Kategori Junior (Bawah 18 Tahun)

  • Damia
  • Dania Arissa
  • Irfan Danish
  • Muhammad Ammar Sauqi
  • Muhammad Anas Al-Fatih
  • Muhanmad Azariel Qushairy
  • Nur Syifa Delisha
  • Shahiran

Sesi Latihan

Pemenang

Kategori Utama

  • Dayana Bt Ahmad - Juara
  • Muhamad Faizan B Dahalan - Naib Juara
  • Mohd Nor Azizi B Mohd Yazid - Tempat Ke-3

Kategori Junior

  • Nor Damia Bt Abdullah - Juara
  • Muhammad Shahiransyamim B Rozi - Naib Juara
  • Muhammad Anas Al-Fatih B Mohd Hafiz - Tempat ke-3

Pertandingan Akhir K2K Idol PPR Kampung Baru HICOM

Pertandingan K2K Idol telah dilancarkan pada 5 November 2023, di PPR Kampung Baru HICOM bersempena dengan Hari Terbuka K2K, dan pertandingan akhir telah berlangsung pada 19 November. Pertandingan K2K Idol telah berjaya menarik seramai 89 orang penduduk, yang kesemuanya bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Susulan penilaian dan keputusan yang dibuat oleh Mentor K2K Idol, mereka telah mengenal pasti 19 orang finalis yang berbakat.

Acara ini turut menampilkan persembahan menarik daripada Jay Jay yang telah menyampaikan lagu ikonik berjudul Belaian Jiwa. Detik bersejarah tercipta apabila Dato Freddie telah sudi naik ke pentas K2K Idol buat kali pertama, mencetuskan sorakan dan sokongan yang bersemangat daripada semua yang hadir.

Hakim

Dalam Pertandingan Akhir K2K Idol yang diadakan di PPR Kg. Baru HICOM, personaliti ikonik iaitu Kak Rozita, Dato Freddie, and Jay Jay telah diundang untuk menjadi hakim persembahan para finalis.

Walaupun berasa gementar, para peserta telah mempamerkan kemahiran persembahan yang hebat dan mereka telah memberi persembahan yang boleh dibanggakan. Kak Rozita telah memberi komen dan maklum balas yang objektif dan berharga, menitipkan sokongan dan nasihat yang berguna agar persembahan setiap peserta masing-masing dapat diperbaiki lagi. Sebagai penutup acara, penyanyi terkenal Jay Jay telah membuat persembahan yang menambat hati para penonton dengan gitar dan karismanya yang tersendiri.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup