Hari Terbuka K2K
Hari Terbuka K2K ialah salah satu alat K2K untuk menggerakkan komuniti perumahan awam untuk meraikan kebersamaan dan bersatu-padu sebagai satu komuniti.
Pengenalan

Pada 5 November 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan di Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru HICOM, bertempat di Blok A dan B. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 1,000 orang penduduk telah diraikan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ADUN Kota Kemuning, Y.B. Tuan Preakas A/L Sampunathan.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.

Bengkel Seni

Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PPR Kampung Baru HICOM, tiga bengkel seni telah dijalankan.

Bengkel yang pertama bertemakan tanah liat kering udara oleh Sathya. Para peserta belajar proses untuk membuat rantai kunci gajah menggunakan tanah liat kering udara. Bengkel kedua pula berkaitan mereka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee. Ia disambut baik oleh peserta pelbagai lapisan umur yang melahirkan kreativiti mereka dalam membuat reka bentuk yang unik. Secara keseluruhan, kedua-dua bengkel ini disertai sekitar 50 orang peserta.

Bengkel ketiga pula ialah bengkel membuat lilin yang dikendalikan sekumpulan pelajar UiTM. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti mewarna dan sukaneka yang dijalankan.

Klinik Futsal

Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 60 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.

Klinik ini berakhir dengan satu sesi rapat mesra dengan salah seorang bekas pemain FAS, Razman Roslan, yang berkongsi pengetahuan dan pemahamannya dengan para peserta.

Permainan Bebas Sukan Rekreasi
Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak), dengan kerjasama Decathlon Malaysia, telah menghimpunkan beberapa aktiviti sukan rekreasi yang bertujuan menggalakkan perlawanan persahabatan dan permainan interaktif untuk komuniti PPR Kampung Baru HICOM. Aktiviti yang disediakan termasuk sukan memanah mata panah lembut, bola keranjang kanak-kanak dan badminton, memberikan pilihan kepada semua peserta.
K2K Idol

Program KProgram K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu campur intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.

Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PPR Kampung Baru HICOM, Jay Jay iaitu bekas penyanyi kumpulan Carefree, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.

Pameran K2K
Sebagai sebahagian daripada pemetaan sosial K2K, perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dijalankan untuk merancang dengan teliti isu utama PPR Kampung Baru HICOM sebelum Hari Terbuka. Untuk mengesahkan maklum balas yang dikumpul, papan pameran diletakkan sebagai usaha mendapatkan lebih banyak responden daripada isi rumah berlainan. Dengan pemahaman yang diperolehi, program bersasar dan berkesan dapat direka bentuk. Kira-kira 133 isi rumah PPR Kampung Baru HICOM terlibat dalam aktiviti pemetaan sosial ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai data yang dikumpulkan untuk pemetaan sosial, sila lihat Pemataan Sosial.
Bengkel Stem

Dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), program K2K ini memperkenalkan inisiatif STEM, AI dan robotik. Pasukan UM telah membuka reruai sewaktu Hari Terbuka untuk menarik minat belia PPR HICOM dengan aktiviti-aktiviti menarik.

Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK)

Program ini mendapat sokongan Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga dan PERWACOM (Persatuan Perwacom Prihatin) PPR Kampung Baru HICOM. Di sepanjang persediaan Hari Terbuka, banyak mesyuarat diadakan dengan organisasi komuniti bagi memastikan acara dapat berjalan lancar.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2