Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PPR Desa Tun Razak

  • PPR Desa Tun Razak dibina sekitar tahun 1998.
  • PPR Desa Tun Razak terletak di kawasan perindustrian dan mempunyai populasi kediaman kedua terbesar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain.
  • Ia mempunyai lapan blok dan jumlah kediaman sebanyak 9,120 buah unit.
  • PPR Desa Tun Razak menempatkan jumlah populasi kedua terbesar antara semua PA/PPR.
  • Laluan akses kecemasannya adalah pada tahap yang kurang memuaskan.
  • Jalan utama untuk masuk ke kawasan tersebut adalah sempit dengan kenderaan parkir berganda dan selekoh yang tajam untuk memasuki kedalam kawasan. Ini membuatkan jentera bomba sukar untuk memasuki dan dikendalikan di dalam kawasan tersebut.
  • Kondisi kawasan rekreasinya adalah pada tahap kurang baik.
  • Permukaan kawasan tersebut agak uzur dengan dengan permukaan yang tidak rata dan berlubang.
  • Peralatan taman permainan memerlukan perhatian penyelenggaraan, terdapat kesan contengan dan taman ini juga kurang selamat untuk kanak-kanak beriadah.
  • Laluan akses OKU di kawasan PPR adalah pada tahap sederhan.
  • Jarak antara blok adalah tidak jauh dan separa berbumbung, akan tetapi terdapat kenderaan menghalang laluan perantaraan blok.
  • Percantuman antara dua blok memudahkan perjalanan OKU bergerak di bahagian dilantai atas.
  • Kebersihan kawasan PPR Desa Tun Razak adalah pada tahap antara memuaskan dan kurang memuaskan.
  • Pembuangan sampah-sampah kecil seperti paket keropok banyak kelihatan di kawasan tersebut, namun kehadiran haiwan perosak seperti tikus adalah pada tahap terkawal.
  • Infrastrukturnya secara purata mula kelihatan sedikit uzur kerana usia bangunan telah melebihi 20 tahun.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2