Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia [1]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Nama kumpulan ini diambil sempena nama penyanyi rock Amerika Syarikat, James Gang.
Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani dalam tahun 1986, Kembara Seniman Jalanan. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif membuat persembahan di kelab-kelab malam di sekitar ibu kota.