Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PA Seri Selangor

  • PA Seri Selangor, Pudu dibina sekitar tahun 1970-an. 
  • PA Seri Selangor terletak di kawasan perniagaan tekstil dan berjiran dengan PA Loke Yew, PA Seri Sarawak dan PA Hang Tuah. 
  • PA Seri Selangor mempunyai enam blok dengan jumlah 1,588 buah unit kediaman. 
  • Ada juga segelintir unit telah dijual kepada penduduk. 
  • Akses laluan kecemasan secara umumnya adalah kurang memuaskan kerana isu kenderaan parkir berganda hampir di sepanjang jalannya. 
  • Di kawasan Blok 5 dan Blok 7, parkir berganda sehingga ke empat lapisan dan menyebabkan akses masuk jentera bomba amat terhad. 
  • Pili bombanya juga terhalang oleh kenderaan penghuni. 
  • Kondisi kawasan rekreasi adalah pada tahap sederhana ke rendah kerana terdapat dua kawasan rekreasi yang berlainan kondisi. 
  • Tempat rekreasi berhampiran dengan kompleks perniagaan seperti tidak berusik dari era ia dibina. 
  • Kerusi dan lantai konkrit berlubang-lubang hingga menjadi tempat deposit sampah lama dan menggalakkan kehadiran haiwan perosak sperti gagak dan tikus. 
  • Kawasan rekreasi di belakang Blok 3 pula berada dalam keaadaan sederhana. 
  • Gelanggang futsalnya terdapat sedikit penyelenggaraan, tetapi fasilitinya agak usang. 
  • Kedua-dua kawasan rekreasi tersebut berkongsi isu yang sama seperti tiada akses laluan OKU. 
  • Akses laluan OKU untuk masuk ke blok dan akses perantaraan blok adalah kurang memuaskan. 
  • Kedudukan tanjakan kerusi roda berada di hujung blok sahaja dan tiada akses hubungan antara blok. 
  • Tahap kebersihan adalah sederhana ke rendah. 
  • Pembuangan sampah ke luar tingkap unit dan koridor tangga kerap dilakukan. 
  • Lampin, tuala wanita terpakai dan ada juga sisa-sisa dapur dijumpai telah dibuang keluar dari tingkap. 
  • Kawasan halaman tengah blok, aras bawah, insfrastruktur longkang yang telah rosak menjadikan sisa-sisa makanan yang dibuang secara haram terkumpul dan mengeluarkan bau yang kurang selesa.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2