Memahami Isu-Isu Tempatan
Kumpulan sekunder ini juga mempunyai semangat persaingan bagi menggalakkan penyertaan dan penyelesaian kreatif kepada ringkasan reka bentuk.
Enklaf berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘enclave’. Dalam konteks alam bina, enklaf merujuk kepada kawasan atau komuniti ketara berbeza yang menjadi sebahagian daripada kawasan persekitaran yang lebih luas. Istilah ini biasa digunakan dalam perancangan bandar dan seni bina untuk menerangkan kawasan perumahan atau kejiranan yang terasing secara fizikal daripada persekitarannya, kebiasaannya oleh penghadang semula jadi, pagar, atau pemisah fizikal yang lain. Enklaf dalam alam bina boleh jadi terdapat dalam pelbagai bentuk, daripada komuniti berpagar dan kejiranan eksklusif kepada komuniti ketara berbeza dari segi budaya dan sosial dalam kawasan bandar atau subbandar yang lebih besar.
Tapak perumahan awam telah menjadi enklaf atau kejiranan ketara berbeza dalam kawan subbandar seperti di daerah Pudu atau di Bandar Tun Razak. Kedua-dua tempat ini mempunyai kelompok kejiranan perumahan awam, iaitu dengan kata lain: enklaf perumahan.
Tinjauan literatur
Lynch (1960) menstrukturkan metodologi proses transposisi kebolehbacaan kawasan bandar menerusi pemetaan kognitif. Pengarang yang sama turut membuat kategori ciri-ciri yang mendefinisikan sesebuah kota melalui ‘kebolehimejan’ kota raya, dan dengan itu membayangkan bahawa setiap daripada kita mempunyai koleksi imej dalam minda yang membentuk fabrik bandar kita.
Namun, kajiannya memfokuskan kepada perspektif orang dewasa yang bekerja. Bagi perspektif kanak-kanak, Florence Ladd pada tahun 1970-an telah menjalankan aktiviti pemetaan dengan 60 orang remaja lelaki kulit hitam daripada sebuah kejiranan di Boston bukan sahaja untuk membina kefahaman tentang kawasan itu tetapi juga untuk mempelajari tentang aspek-aspek yang signifikan secara sosial dan psikologi dalam membentuk sesebuah kejiranan.
Kajian tersebut merupakan antara kajian terawal yang meneroka potensi nilai maklumat dalam lukisan peta oleh kanak-kanak terhadap penyelidik sains sosial dan perancang bandar. Sejak itu, kajian pemetaan kognitif telah menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pemetaan kognitif antara kanak-kanak dan orang dewasa (Gray, 1998).
Metodologi
Program peneraju