Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PA Seri Sarawak

  • Mempunyai tiga blok dengan jumlah 776 buah unit kediaman.
  • Akses laluan kecemasan secara umumnya adalah sederhana ke kurang memuaskan.
  • Parkir berganda menyebabkan akses tersekat di bahagian timur selatan kawasan PA Seri Sarawak.
  • Ada juga kenderaan parkir di kawasan larangan seperti di tepi pili bomba dan ruang kosong di hadapan blok.
  • Kawasan rekreasinya adalah uzur dan memerlukan penyelenggaraan.
  • Tiub gelongsor permainan telah pecah dan retak, manakala terdapat bahan binaan berlebihan seperti konkrit yang boleh membahayakan kanak-kanak.
  • Tidak terdapat laluan akses OKU ke kawasan rekreasi tersebut.
  • Akses OKU secara amnya adalah sederhana, manakala akses hubungan perantaraan blok-blok adalah memuaskan.
  • Kebersihan di persekitaran PA Seri Sarawak adalah kurang memuaskan dan sampah sarap kerap dilempar keluar daripada tingkap unit.
  • Kawasan tangga kecemasan juga menjadi kawasan pembuangan sampah domestik dan ini termasuk lampin dan tuala wanita terpakai.
  • Kawasan halaman tengah blok, aras bawah, infrastruktur longkang yang telah rosak menjadikan sisa-sisa makanan yang dibuang secara haram terkumpul dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Kawasan tersebut menjadi sarang haiwan perosak seperti tikus, dan koridor-koridor pejalan kaki dipenuhi dengan najis tikus pada tahap membimbangkan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2