Pada 23 Julai 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan di laman dalam Perumahan Awam Seri Sarawak. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 400 orang penduduk telah diraikan. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.
Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PA Seri Sarawak, dua bengkel seni telah dijalankan.
Bengkel yang pertama bertemakan tanah liat kering udara oleh Sathya. Para peserta belajar proses untuk membuat rantai kunci gajah menggunakan tanah liat kering udara. Bengkel kedua pula berkaitan mereka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee. Kedua-duanya disambut baik oleh peserta pelbagai lapisan umur yang melahirkan kreativiti mereka dalam membuat reka bentuk yang unik. Secara keseluruhan, kedua-dua bengkel ini disertai sekitar 60 orang peserta.
Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 80 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.
Klinik ini berakhir dengan satu sesi rapat mesra dengan salah seorang bekas pemain FAS, Mohd Nasriq Baharom, yang berkongsi pengetahuan dan pemahamannya dengan para peserta.
Program K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.
Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PA Seri Sarawak, Aman RA, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.