Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PA Seri Sabah 3A telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Sesi Pemetaan Sosial di PA Seri Sabah 3A telah dijalankan pada 5 November 2023 (Ahad), 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 71 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PA Seri Sabah 3A.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PA Seri Sabah 3A

53%

menjawab mereka berasa bangga 

23%

menjawab mereka berasa gembira

19%

menjawab mereka berasa murung

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PA Seri Sabah 3A

52%

memberi respons “ya, dalam masa 6 bulan”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PA Seri Sabah 3A ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “penyelenggaraan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  2. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  3. Longkat tersumbat / infrastruktur tidak diselenggara degan baik

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Gangguan awam
  3. Ketagihan dan pengedaran dadah

PENYELENGGARAAN

  1. Respons yang lambat setelah aduan dibuat
  2. Tidak tahu siapa yang patut dihubungi untuk membuat laporan
  3. Pencemaran bunyi / sampah / debu daripada kerja-kerja penyelenggaraan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2