Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PA Seri Sabah 3A

  • PA Seri Sabah 3A, Bandar Tun Razak dibina sekitar 1980-an.
  • PA Seri Sabah terletak di kawasan komersial dan Jalan Ikan Ayu membahagikan PA Seri Sabah kepada 3A dan 3B.
  • Terdapat sebanyak 816 unit kediaman dalam empat blok di PA Seri Sabah 3A. Sebahagian unit telah dijual beli oleh penghuni.
  • Laluan akses kecemasan dari pintu utama agak sempit.
  • Kenderaan sering parkir secara haram di kawasan pintu masuk dan ini menyebabkan kesukaran untuk jentera bomba memasuki kawasan tersebut.
  • Pili-pili bomba dihalang oleh kenderaan penghuni.
  • Keadaan kawasan rekreasinya adalah sederhana.
  • Gelanggang futsal dan taman permainan pernah dinaik taraf tetapi infrastruktur di sekelilingnya seperti ruang pejalan kaki telah uzur dan agak berbahaya dengan lantai konkrit yang berlubang-lubang.
  • Laluan akses OKU adalah sederhana. Akses tanjakan kerusi roda terletak dia tengah blok.
  • Laluan antara blok-blok berbumbung dan disambungkan dengan baik, tetapi dihalang oleh motosikal dan sampah sarap seperti botol yang juga mengganggu laluan OKU.
  • Kebersihan ialah salah satu isu utama di kawasan PA tersebut.
  • Sampah dibuang di merata-rata tempat. Ini juga menyebabkan haiwan perosak berkeliaran merata-rata.
  • Terdapat juga najis kucing di kaki lima dan kawasan taman permainan.
  • Infrastruktur yang uzur juga menyebabkan kewujudan lebih banyak sarang tikus.
  • Kondisi bangunan kelihatan uzur dengan kesan lantai berlubang dan lumut kelihatan pada permukaan lantai dan dinding.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2