K2K Idol

Apa Itu 

K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu. 

Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
  • FORMAT K2K IDOL
  • DUTA K2K IDOL
  • FORMAT K2K IDOL
    Format K2K Idol

    Karyawan akan mengendalikan uji bakat, memilih finalis yang kemudiannya akan berpasangan dengan jurulatih yang berdedikasi. Para mentor komited untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta dari segi muzik dan membimbing perkembangan mereka dalam industri muzik. 

    Para peserta berpeluang untuk merebut gelaran juara dan wang tunai sebanyak RM10,000 di Pertandingan Akhir K2K Idol. Namun, setiap juara di kawasan masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000. 

  • DUTA K2K IDOL
    Duta K2K Idol
    Aman bin Jamaluddin, yang dikenali sebagai Aman RA, adalah seorang penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman, dan pengusaha di Malaysia. Beliau pernah diangkat sebagai pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 pada 9 Februari 2020, menerusi lagu Budak Flat.

    Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

    Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

    Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.

PA 

Seri Sabah 3A
mentor
Mawi
Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) ialah juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga di Malaysia pada tahun 2005. Kini, beliau banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.
"Dalam menikmati melodi K2K Idol, kemewahan suara menjadi simbol kepelbagaian dan keindahan yang menyerlah dalam komuniti kita bersama."

Mawi

Finalis

KATEGORI UTAMA (ATAS 18 TAHUN)

  • Abd Ghani B Musa
  • Abd Razak
  • Abdul Rashid B Shaikh Mohamad
  • Ahmad Rizal B Daus
  • Ahmad Shafawi B Azman
  • Lukmanul Hakim B Sihak Mahammud
  • Muhammad Hafizuddin B Norizan
  • Nadia Bt Zulkeffley
  • Nurul Nadiah Bt Rosli
  • Raja Rahim B Raja Muhaiddin
  • Sheikh Muhammad

Kategori Junior (Bawah 18 Tahun)

  • Adib Muqrie B Azmi Maricar
  • Muhammad Harith Numair B Muhammad Haniff
  • Noorfarisya Liyana Bt Harman
  • Nur Pascal B Yusuf
  • Puteri Hanny Tamara Bt Raden Norazrolrizal
  • Radek Abder Sirhan B Yusuf
  • Sofia Batrisya
  • Hanis Suraiya Bt Nazarudin

Sesi Latihan

Pemenang

Kategori Utama

  • Nadia Bt Zulkeffley - Juara
  • Ahmad Shafawi B Azman- Naib Juara
  • Muhammad Hafizuddin - Tempat ke-3

Kategori Junior

  • Puteri Hanny Tamara Bt Raden Norazrolrizal - Juara
  • Nur Pascal B Yusuf - Naib Juara
  • Noorfarisya Liyana Bt Harman - Tempat ke-3

Pertandingan Akhir K2K Idol PA Seri Sabah 3A

Pertandingan K2K Idol di PPR Kg Baru HICOM telah dilancarkan pada 19 November 2023 di PA Seri Sabah 3A, bersempena dengan Hari Terbuka K2K. Pertandingan akhir K2K Idol telah berlangsung pada 3 Disember. Pertandingan ini telah berjaya menarik seramai 104 orang penduduk yang bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Selepas penilaian dibuat oleh mentor K2K Idol, mereka telah memilih 19 finalis yang bakatnya paling menyerlah. Sambutan daripada kumpulan bakat di sini sangat menggalakkan, dan para hakim memberi pujian kepada majoriti peserta yang telah mempamerkan kebolehan mereka pada hari itu.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan mantap daripada penyanyi lagenda, Mawi yang ditemani oleh Oja apabila mendendangkan lagu ikonik Seroja, serta lagu cover nyanyian Iklim, Suci Dalam Debu. Persembahan ini telah mencetuskan sorakan dan mendapat sokongan yang bersemangat daripada semua yang hadir.

Hakim

Semasa pertandingan akhir K2K Idol di PPR Kg Baru HICOM, panel hakim yang terdiri daripada Dato Freddie, Mawi, dan Oja, telah menilai persembahan para finalis dengan teliti. Berlandaskan kepakaran mereka dalam bidang muzik, mereka memberi komen dan maklum balas yang berharga kepada para peserta, dan ini telah menyemarakkan lagi suasana pertandingan yang sengit serta mencetuskan keterujaan penduduk di PPR Kg Baru HICOM ketika Pertandingan Akhir K2K Idol berlangsung.

Dalam acara tersebut, Mawi telah memberikan persembahan yang mantap berganding dengan Oja, mendendangkan lagu ikonik Seroja, serta suatu versi lagu Suci Dalam Debu nyanyian Iklim. Persembahan lagu-lagu tersebut mencetuskan sorakan dan sokongan yang bersemangat daripada semua yang hadir.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup