Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PA Seri Kota telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Sesi Pemetaan Sosial di PA Seri Kota telah dijalankan pada 9 September 2023 (Sabtu), 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 82 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PA Seri Kota.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PA Seri Kota

61%

menjawab mereka berasa bangga

27%

menjawab mereka berasa gembira

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PA Seri Kota

42%

memberi respons “ya, dalam masa 6 bulan”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PA Seri Kota ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “kesihatan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  2. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  3. Terdapat tempat memberi makan haiwan yang kotor dan menarik kedatangan tikus.

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Ketagihan dan pengedaran dadah
  3. Gangguan awam.

KESIHATAN

  1. Penyakit yang disebabkan oleh persekitaran tidak bersih (contohnya demam denggi)
  2. Warga emas tidak sihat terbiar bersendirian, dan
  3. Penyakit bawaan haiwan (contohnya leptospirosis)

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2