Kajian Kilat Persekitaran
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam.
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PA Seri Kota

  • PA Seri Kota, Bandar Tun Razak dibina sekitar tahun 1980-an.
  • PA Seri Kota terletak di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana dan berjiran dengan PA Taman Mulia.
  • Ia merangkumi enam blok dengan unit berjumlah 1,224 buah.
  • Ada segelintir unit yang telah dijual beli kepada penduduk.
  • Laluan akses kecemasannya adalah kurang memuaskan, sempit di bahagian utara jalan dengan kenderaan parkir berganda.
  • Kawasan parkir utama di bahagian utara juga agak sempit untuk jentera bomba masuk lebih dekat dengan blok kediaman.
  • Terdapat isu pili bomba terhalang dengan kenderaan penghuni.
  • Unit parkir bertingkat disediakan tetapi penghuni lebih suka meletakkan kenderaan di luar.
  • Ruang rekreasi berada pada tahap kurang memuaskan. Ia memerlukan penyelenggaraan dan memerlukan kerja-kerja naik taraf.
  • Lantai-lantai konkritnya telah uzur dan berlubang.
  • Tahap kebersihan di PA Seri Kota adalah sederhana.
  • Pembuangan sampah-sampah kecil masih lagi berleluasa.
  • PA ini masih lagi mengekalkan sistem pembuangan sampah melalui cerobong (chute) tetapi ia kurang terkawal kerana unit-unit kediaman tingkat satu dan dua mengalami gangguan tikus menyelusup masuk ke unit kediaman menerusi cerobong.
  • Pembuangan sampah sampah yang tidak terurus membuatkan terdapat bau yang kurang menyenangkan.
  • Terdapat banyak haiwan perosak seperti tikus kerana infrastruktur bangunan yang agak usang dan liang-liang rekahan bangunan menjadi sarang tikus membiak.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2