Hari Terbuka K2K
Hari Terbuka K2K ialah salah satu alat K2K untuk menggerakkan komuniti perumahan awam untuk meraikan kebersamaan dan bersatu-padu sebagai satu komuniti.
Pengenalan

Pada 24 September 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan di Dataran Seri Kota, Perumahan Awam Seri Kota. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 700 orang penduduk telah diraikan.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.

Bengkel Seni

Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PA Seri Kota, dua bengkel seni telah dijalankan. Secara keseluruhan, sekitar 60 orang peserta telah menyertai bengkel seni ini.

Bengkel yang pertama bertemakan batik, suatu seni yang amat dekat dengan warisan dan sejarah Malaysia. Dihoskan Ayayu Batik, bengkel ini disertai 30 peserta, kebanyakannya anak muda bersama ibu bapa mereka, semangat untuk mempelajari bentuk seni tradisional ini.

Selain itu, terdapat juga bengkel reka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee, yang menjadi saluran peserta pelbagai lapisan umur dan bakat bersama-sama menghasilkan reka bentuk yang unik.

Klinik Futsal

Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 60 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.

Permainan Bebas Sukan Rekreasi

Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak), dengan kerjasama Decathlon Malaysia, telah menghimpunkan beberapa aktiviti sukan rekreasi yang bertujuan menggalakkan perlawanan persahabatan dan permainan interaktif untuk komuniti PA Seri Kota. Aktiviti yang disediakan termasuk sukan memanah mata panah lembut, bola keranjang kanak-kanak dan badminton, memberikan pilihan kepada semua peserta.

Pameran Bomba
Hari Terbuka K2K ini turut disokong oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA). Jabatan tersebut telah menyediakan satu pameran untuk menunjukkan peralatan memadam kebakaran dan berkongsi bahan pendidikan.
K2K Idol

SeProgram K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.

Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PA Seri Kota, Yuletta Yucha, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.

Pameran K2K
Sebagai sebahagian daripada pemetaan sosial K2K, perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dijalankan untuk merancang dengan teliti isu utama PA Seri Kota sebelum Hari Terbuka. Untuk mengesahkan maklum balas yang dikumpul, papan pameran diletakkan sebagai usaha mendapatkan lebih banyak responden daripada isi rumah berlainan. Dengan pemahaman yang diperolehi, program bersasar dan berkesan dapat direka bentuk. Sejumlah 118 isi rumah PA Seri Kota terlibat dalam aktiviti pemetaan sosial ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai data yang dikumpulkan untuk pemetaan sosial, sila lihat laman Pemataan Sosial.
Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK)

Program ini mendapat sokongan DBKL, Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga PA Seri Kota. Di sepanjang persediaan Hari Terbuka, banyak mesyuarat diadakan dengan organisasi komuniti bagi memastikan acara dapat berjalan lancar.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2