Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PA Hang Tuah telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Sesi Pemetaan Sosial di PA Hang Tuah telah dijalankan pada 16 Julai 2023 (Ahad), 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 69 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PA Hang Tuah.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PA Hang Tuah

48%

menjawab mereka berasa gembira

25%

mereka berasa bangga

21%

menjawab mereka berasa murung

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PA Hang Tuah

37%

menjawab ia adalah “mustahil”.

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PA Hang Tuah ialah “kebersihan”, “keselamatan”, dan “penyelenggaraan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  2. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  3. Terdapat tempat memberi makan haiwan yang kotor dan menarik kedatangan tikus.

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Keadaan bangunan yang uzur
  3. Ketagihan dan pengedaran dadah.

PENYELENGGARAAN

  1. Respons yang lambat setelah aduan dibuat.
  2. Kualiti kerja peyelenggaraan yang rendah.
  3. Kerja penyelenggaraan mengambil masa terlalu lama atau tidak disiapkan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup