Kajian Kilat Persekitaran

Memberi Gambaran 

Kondisi Suasana
Kajian kilat persekitaran adalah kajian untuk memberi gambaran kondisi suasana di kawasan perumahan awam seperti penyelenggaraan, tahap kebersihan, keselamatan, akses dan lain-lain. Faktor-faktor ini sering dibangkitkan dan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih bersasar.
PA Hang Tuah

  • PA Hang Tuah, Pudu dibina sekitar tahun 1970-an.
  • PA Hang Tuah terletak di kawasan perniagaan tekstil dan berjiran dengan PA Loke Yew, PA Seri Sarawak dan PA Seri Selangor.
  • PA Hang Tuah mempunyai dua blok dengan jumlah 783 buah unit kediaman. 
  • PA Hang Tuah juga mempunyai saiz keluasan kawasan yang terhad jika dibandingkan dengan PA/PPR yang lain. 
  • Akses laluan kecemasan adalah pada tahap kritikal. 
  • Laluan kenderaan seperti jentera bomba adalah terbatas kerana terdapat selekoh yang tajam dan laluan pejalan kaki awam Jalan Hang Tuah memasuki sempadan PA Hang Tuah di bahagian pintu masuk utama yang menghalang akses jentera. Ini menyebabkan akses pili bomba di blok A terhalang, manakala akses jentera bomba di pintu jalan keluar juga terbatas. 
  • Ruang parkir kenderaan adalah amat terhad dibandingkan dengan kawasan PA/PPR yang lain. 
  • Kondisi ruang awam dan kawasan rekreasi adalah bagus kerana telah dibina baharu dengan kelengkapan yang sempurna termasuk tanjakan kerusi roda dan pencahayan lampu yang baik.
  • Namun, akses OKU secara keseluruhan adalah kurang memuaskan. Setiap blok hanya mempunyai dua tanjakan kerusi roda. Kedua-dua blok terletak di atas kecondongan yang berbeza dan kawasan rekreasi terletak di bahagian yang lebih rendah iaitu di Blok B. Ini menyebabkan pergerakan OKU di kawasan PA Hang Tuah terhalang. 
  • Keadaan kebersihan dan kehadiran haiwan perosak adalah pada tahap sederhana. 
  • Kesan sampah dibuang daripada tingkap unit terkumpul di atas bumbung kajang (awning).

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup