K2K Idol
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian untuk membawa keriangan dan keseronokan kepada komuniti PPR.
Apa Itu K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu.
Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
Instagram:
Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.
mentor
Noorshila Amin
Noorshila Amin (lahir 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Kad Ucapanmu" dan "Rambu Ramba". Beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-6. Pada tahun 2019, Noorshila Amin telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 di mana beliau merupakan antara 13 bintang yang menyertai program tersebut.
"Dalam melodi perpaduan, setiap peserta menjadi not muzik yang menyumbang kepada simfoni pengalaman yang dikongsi bersama. Moga suara anda dapat memartabatkan kita semua.“
Noorshila Amin 
FINALIS
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Jaharishan Che Rashid
  • Muhammad Jefrey
  • Osman Arif
  • Al Ghazali
  • Mohd Faris
  • Siti Khairun Nissa
  • Abdul Halik Bando
  • Abdul Razid
  • Marcos Joel
  • Syuhaidi Hassan
  • Kong Chee Leong


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)
  • Siti Nor'Batrisya
  • Muhammad Shafizal
  • Nur Fakihah
  • Nurul Hidayah
  • Muhammad Haziq Daniel
  • Nur Fatimah Azzahrah
  • Nurul Syahadah
  • Mirza Nasrullah Rahimi
pemenang
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Al Ghazali - Juara
  • Siti Khairun Nissa - Naib Juara
  • Mohd Faris - Tempat Ke-3


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)

  • Siti Nor'Batrisya - Juara
  • Nurul Hidayah - Naib Juara
  • Muhammad Shafizal - Tempat ke-3

Lain-Lain
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR
  • HAKIM
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR

    Pada 6 Ogos 2023, pertandingan K2K Idol di PA Hang Tuah menyaksikan penyertaan ramai penduduk yang bersemangat tinggi, dengan 75 orang individu mempamerkan bakat mereka dalam bidang muzik. Susulan penilaian teliti yang dibuat oleh Mentor K2K Idol yang berdedikasi, seramai 19 orang individu telah dipilh sebagai finalis. Pertandingan akhir K2K Idol telah diadakan pada 20 Ogos 2023.  Para finalis yang hebat ini bukan sahaja telah mempamerkan kuasa vokal mereka tetapi juga menunjukkan komitmen mereka terhadap perjalanan seni. Pertandingan ini bukan sahaja dapat meraikan bakat yang pelbagai di PA Hang Tuah, ia turut mengetengahkan proses pementoran yang ketat untuk memastikan bahawa vokal yang terbaik mendapat perhatian dalam pertandingan akhir.

  • HAKIM

    Pada detik-detik kemuncak Pertandingan Akhir K2K Idol di PA Hang Tuah, panel hakim yang bijaksana, terdiri daripada Radhi Khalid , Norshila Amin, dan Aru ROB, telah membuat penilaian yang teliti terhadap setiap persembahan para finalis. Panel hakim ini arif dalam menilai bakat dan mereka mempunyai kepakaran dalam bidang muzik. Mereka telah memberikan komen yang bernas dan markah turut diberi berdasarkan persembahan para peserta yang cukup memberangsangkan. Keputusan panel hakim yang dibuat secara kolektif meningkatkan persaingan dalam acara tersebut, sekali gus menyumbang kepada keterujaan menonton Pertandingan Akhir K2K Idol secara keseluruhan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2