Hari Terbuka K2K
Hari Terbuka K2K ialah salah satu alat K2K untuk menggerakkan komuniti perumahan awam untuk meraikan kebersamaan dan bersatu-padu sebagai satu komuniti.
Pengenalan

Pada 6 Ogos 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan di gelanggang serba guna Perumahan Awam Hang Tuah. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 500 orang penduduk telah diraikan.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.

Bengkel Seni
Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PA Hang Tuah, dua bengkel seni telah dijalankan.

Bengkel yang pertama bertemakan tanah liat kering udara oleh Sathya. Para peserta belajar proses untuk membuat rantai kunci gajah menggunakan tanah liat kering udara. Bengkel kedua pula berkaitan mereka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee. Bengkel ini disambut baik oleh peserta pelbagai lapisan umur yang melahirkan kreativiti mereka dalam membuat reka bentuk yang unik. Secara keseluruhan, kedua-dua bengkel ini disertai sekitar 50 orang peserta.
Klinik Futsal

Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 30 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.

Klinik ini berakhir dengan satu sesi rapat mesra dengan salah seorang bekas pemain FAS, Rizal Fahmi, yang berkongsi pengetahuan dan pemahamannya dengan para peserta.

Permainan Bebas Sukan Rekreasi

Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak), dengan kerjasama Decathlon Malaysia, telah menghimpunkan beberapa aktiviti sukan rekreasi yang bertujuan menggalakkan perlawanan persahabatan dan permainan interaktif untuk komuniti PA Hang Tuah. Aktiviti yang disediakan termasuk sukan memanah mata panah lembut, bola keranjang kanak-kanak dan badminton, memberikan pilihan kepada semua peserta.

Pameran Bomba
Hari Terbuka K2K ini turut disokong oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA). Jabatan tersebut telah membawa kereta bomba mereka sebagai pameran untuk menunjukkan peralatan memadam kebakaran dan berkongsi bahan pendidikan.
K2K Idol

Program K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K perumahan awam, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.

Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PA Hang Tuah, Aman RA, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.

Pameran K2K
Sebagai sebahagian daripada pemetaan sosial K2K, perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dijalankan untuk merancang dengan teliti isu utama PA Hang Tuah sebelum Hari Terbuka. Untuk mengesahkan maklum balas yang dikumpul, papan pameran diletakkan sebagai usaha mendapatkan lebih banyak responden daripada isi rumah berlainan. Dengan pemahaman yang diperolehi, program bersasar dan berkesan dapat direka bentuk. Sejumlah 88 isi rumah PA Hang Tuah terlibat dalam aktiviti pemetaan sosial ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai data yang dikumpulkan untuk pemetaan sosial, sila lihat Pemataan Sosial.
Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK)

Program ini mendapat sokongan DBKL, Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga PA Hang Tuah. Di sepanjang persediaan Hari Terbuka, banyak mesyuarat diadakan dengan organisasi komuniti bagi memastikan acara dapat berjalan lancar.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2