Geran Komuniti K2K
Memain peranan terus dalam peningkatan dayahuni perumahan.

Apa itu Geran Komuniti K2K?

Geran Komuniti K2K memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk memain peranan terus dalam peningkatan daya huni perumahan awam Malaysia. Mohon sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Komuniti K2K, sila muat turun Terma Rujukan (TOR) di bawah:
Tumpuan Geografi
perumahan awam sasaran K2K
Program ini hanya terbuka kepada projek yang dilaksanakan di dalam 10 perumahan awam sasaran K2K di kawasan:
dan
Pemohon dikehendaki mencadangkan projek dalam kawasan sasaran ini seperti liputan yang ditunjukkan dalam peta di bawah. 
Tema-tema Geran
Pemerkasaan dan kesejahteraan komuniti

Pemerkasaan Komuniti

Membantu komuniti membentuk organisasi akar umbi, memupuk perpaduan sosial, membina modal sosial, dan membenih semangat kekitaan dan perpaduan dalam komuniti.

Contoh aktiviti: 

  1. Menguatkan kesejahteraan sosial komuniti melalui program atau aktiviti seperti acara sukan dan inisiatif bantuan perkhidmatan komuniti.
  2. Penglibatan golongan komuniti yang terpinggir yang memberi tumpuan pada peningkatan kualiti hidup, contohnya, mempromosikan aksesibiliti untuk OKU. 
  3. Program pembinaan kapasiti seperti bengkel latihan, kesedaran dan pendidikan yang bekerjasama dengan komuniti.

Kesejahteraan Komuniti

Memperbaiki kebersihan, keselamatan, dan persekitaran yang sihat melalui penawaran intervensi komuniti yang bersasar.

Contoh aktiviti: 

  1. Inisiatif peningkatan keselamatan seperti penambahbaikan kelengkapan ruang sosial untuk mengurangkan kadar jenayah
  2. Promosi gaya hidup sihat melalui program yang menggunakan kawasan luar dan literasi nutrisi.
  3. Pelaksanaan sistem pengurusan sisa sampah yang komprehensif melalui pendidikan orang ramai tentang cara pembuangan sisa yang betul dan peningkatan aksesibiliti ke tong sampah.

Pemerkasaan Komuniti

Membantu komuniti membentuk organisasi akar umbi, memupuk perpaduan sosial, membina modal sosial, dan membenih semangat kekitaan dan perpaduan dalam komuniti.

Contoh aktiviti: 

  1. Menguatkan kesejahteraan sosial komuniti melalui program atau aktiviti seperti acara sukan dan inisiatif bantuan perkhidmatan komuniti.
  2. Penglibatan golongan komuniti yang terpinggir yang memberi tumpuan pada peningkatan kualiti hidup, contohnya, mempromosikan aksesibiliti untuk OKU. 
  3. Program pembinaan kapasiti seperti bengkel latihan, kesedaran dan pendidikan yang bekerjasama dengan komuniti.

Kesejahteraan Komuniti

Memperbaiki kebersihan, keselamatan, dan persekitaran yang sihat melalui penawaran intervensi komuniti yang bersasar.

Contoh aktiviti: 

  1. Inisiatif peningkatan keselamatan seperti penambahbaikan kelengkapan ruang sosial untuk mengurangkan kadar jenayah.
  2. Promosi gaya hidup sihat melalui program yang menggunakan kawasan luar dan literasi nutrisi.
  3. Pelaksanaan sistem pengurusan sisa sampah yang komprehensif melalui pendidikan orang ramai tentang cara pembuangan sisa yang betul dan peningkatan aksesibiliti ke tong sampah.

Permohonan Geran
Apakah perbelanjaan yang disokong?

Geran Komuniti K2K menyokong perbelanjaan langsung untuk anda melaksanakan projek cadangan anda, mengikuti skala dan proses projek yang dicadangkan, selari dengan tema geran. Namun, pemohon digalakkan untuk mendapatkan pelaburan bersama kerana program geran tidak boleh menyokong 100% kos projek yang dicadangkan.


Siapakah yang boleh memohon?

Penghuni perumahan awam

Daripada 10 lokasi K2K, untuk memohon sebagai kumpulan, persatuan atau organisasi berasaskan komuniti (secara formal atau tidak formal).

Bukan penghuni perumahan awam

Dalam bentuk pakar-pakar komuniti, pertubuhan masyarakat sivil, kolektif, institusi pendidikan, persatuan dan syarikat swasta. Pemohon harus mengenal pasti dan mendapat sokongan daripada komuniti perumahan awam yang terlibat dengan Program K2K sebelum membuat permohonan.

Apakah yang akan berlaku selepas memohon?

langkah 1: penilaian pertama

Setiap dua minggu, semua permohonan akan disemak oleh Forum Komuniti (FORKOM)** bersama pihak K2K.

**FORKOM bermaksud Forum Komuniti: Di setiap 10 lokasi sasaran K2K, sekretariat khusus yang terdiri daripada ahli komuniti perumahan awam ditubuhkan. Kumpulan yang diberi kuasa ini ditugaskan untuk mewakili dan menangani keperluan serta keutamaan komuniti mereka dalam program K2K.

LANGKAH 2: PENILAIAN KEDUA

Permohonan yang lulus penilaian pertama akan disemak oleh Pengurusan Think City dan panel penasihat pengurusan perumahan awam.

LANGKAH 3: PENILAIAN KETIGA

Permohonan yang lulus penilaian kedua akan disemak oleh pakar-pakar rakan kerja Think City.

LANGKAH 4: PENILAIAN KEEMPAT

Jawatankuasa Pemantauan Lembaga K2K akan menyemak senarai projek dan meluluskan pemberian geran.

LANGKAH 5: PENGUMUMAN

Penerima geran yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran (ST), manakala pemohon yang tidak terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel.

LANGKAH 4: PENILAIAN KEEMPAT

Jawatankuasa Pemantauan Lembaga K2K akan menyemak senarai projek dan meluluskan pemberian geran.

LANGKAH 3: PENILAIAN KETIGA

Permohonan yang lulus penilaian kedua akan disemak oleh pakar-pakar rakan kerja Think City.


Bagaimanakah cara untuk memohon geran ini?
Pemohon yang berminat boleh menghantar permohonan mereka melalui salah satu saluran berikut:

1

Melalui e-mel kepada kita2kita@thinkcity.com.my

2

Melalui pos kepada Think City (Think City Kuala Lumpur, Level 1, 36-40, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur)
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN:
Peserta yang menghadiri Sesi Maklumat & Klinik Permohonan Geran mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk permohonan mereka berjaya.
 
Sila layari laman web K2K dan/atau media sosial untuk jadual sesi maklumat.
Soalan lazim

Maklumat Perhubungan

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup